Saturday, February 19, 2011

Besday 53 tahun!!!

Aku dengan member baikku akan menyambut bestday dlm satu dua hari lagi bertambah lah umoq kita Che Azmi .Makin tualah kita nampaknya mi oooi.Dah jauh masa meninggalkan kita.Dlm usia mas ni pahala pun tak banyak lagi. Dugaan masih banyak perlu ditempuhi. Sebulan sekali kena pi ke Kubang Kerian untuk Followup mem utk jumpa Dr pakar disana.Mujuq kawan sekerja memahami .Dlm perjalanan ke Kelantan terjumpa dgn gajah melintas jalan terkejut juga di buatnya.Juga banjir,masa tu aku ingat nak singgah ghumah Ani adik Lan tapi air bah tengah laju di pekan Tanah Merah .Aku pun pederaih tak singgah dimana dah hingga sampai ke HUSM.Mem ajak balik saja.dia fobia dgn bah ni.Mujuq K.Kerian tak banjir.Masa balik pun masih banjir lagi.aku tak balik kot pekan Tanah Merah ambik kot jalan jauh pulak.

Masa Lan dan Mi dah pi kursus aku masih dikampung lagi meniaga kdg2 pi kerja kontrak cat ghumah org,Cuma tak tanam anggur saja.Lama juga baru dapat masuk kursus Juruteknologi Makmal Perubatan selama 3 tahun mula 78-80.Berkursus di IMR KL.Tu lah first time aku pi ke KL.Kob dah pun buka kedai di Komplek pertama kalau tak silap aku la. Aku cuma diberi elaun rm 159 mujuq ada hostel dapat juga hidup di sana Alhamdullilah.

Nak cerita sikit pasai aku dan Osma.Tok nyang (Tok Mae) ada anak dua orang ia itu Tok Wan aku Tok Osma dgn bini lain pun dia ada anak .Tok Osma (kak) org pangge Tok Chah besaq,Tok Wan aku (adik) aku pangge dia Wan Din.Tok Chah besaq menikah dgn Tok Pin (Ariffin).Tok Wan aku (Md Din) menikah dgn Tok Lijah (Kalijah).Tok Pin/Tok Chah ada anak Wa Don(p),Pak Lang Mud,Mah,Pak njang Harun,Md Zain dan Chu Md Sidek.Wa Don ada anak dua orang iaitu Shaari Bakar dan Hanapiah (dia ni yg rajin ambek gambaq Lan masa kecik).Pak Lang Mud anak dia Dollah,Jaafar,Li,Md Aziz yg lain tak ingat dah.Mah anak dia tak ingat dah.Pak Jang Harun = Kak Puan,Zakaria,Md Zahir,Osma,Md Zakir,Din,yg lain tak ingat nama dah.Kena tanya Osma ni. Md Zain tak dak anak .Chu Sidek = sehak,faridah,mi,nan,yg lain tak ingat nama.

Sunday, March 14, 2010

Sekitar Majlis Perkahwinan Anak Siti Mariam..

(senyum la sikit rosmanja oooi )


( Mak pengantin perempuan senyum sokmo)

( Yang ni bos pak aji)

( Zul anak menakan CT senior kita setahun org Tok Jalai la dok di Ampang )

Kami pi sekeluarga kerumah CT mariam betul-betul di sempadan.Kalau tak dak kenuri memang tak sampai.Dok tgk jugak kot ada kawan-kawan mai.Jumpa Osma dgn anak menakan dia saja.Mazli tak sampai-sampai pun .Hujan pun dah nak turun kami pun chow dulu lah.

Untuk anakku tahniah Syazwan kerana dpt 6A,3B dan 1C (SPM nya)

Friday, February 19, 2010

Happy birthday to me

(My dad and his uncle Tok Baharom ( Pak Fadzil))



(pekerjaan yg aku mula-mula try cari rezeki)

Hari ni 20.2.2010 my birthday.Nampaknya Mat Lazim tua sebulan dari aku.Fadzil pak penakan aku pulak muda dari aku 7-8 bulan.Sebenarnya di kampung aku pange dia Pak Ngah id saja.Kdg-kdg kwn tanya fadhil aku terlupa dia ni.Pasai dikpg nama lain.Aku terjumpa liza dia tanya tak pi kenduri rumah fadzil ka.Aku kata tak kenai.Padahal pak penakan aku.Dah tua dah aku ni 52 dah noo. Aku ingat nak ceghita sikit pasai keturunan tok sebelah ayah aku Tok aku anak Tok Shafie had sulong, nama dia Sakyah Shafie buleh anak sorang tulah saja ayah aku.No 2 tok ngah aku Ahmad Shafie ada anak 4 org pak long,pak ngah,pakcik depa dok di Ulu Ribu K.Kangsar.Yg dok Tlk Gelam Mak Lang Munah, la Mak Lang Munah dok dkt rumah Zul Din.Zul Din yg operate jantung tu anak penakan mak lang akula.Tok Ngah aku menikah lain ada anak tiri sorang nama Ismail dulu tkg kebun SKAAT la diani.La dia jual pasembor dipasar malam.Adik beradik mak Che Azmi la depa pange dia Ghazali.No 3 Saad Shafie dok di Alok Ganu ada anak 2 org Mak Long Som dan Pak Chik Shaari.Mak Long Som ada anak 2 org jugak Doyah atauBunga (bini Fadzil) dan Rashid. No 4 Baharom Shafie anak 2 org Fatimah dan Fadzil.Ayah aku umor dia tua dari tok baharom lagi
Aku teringat arwah mak aku masa dia mula sakit dulu ia termakan baja garam.Pak long (Ustaz Mat) arwah dah.Dia buat kenduri menikah anak dia mak aku jadi ketua tukang masak Cina Ayam pi hantar baja garam.Mak aku dok rasa tapi tak masin-masin pun.Last sekali Tok Baharom tengok bukan garam tapi baja garam.Lepaih tu badan mak aku bengkak dan tak sihat hingga dia meninggal.
Aku pulak lepaih SPM my dad beli kereta roda tiga gambaq di ataih mula cari rezeki meniaga laksa dan rojak dlm kem.Tapi tak lama pasai org dok utang banyak dari bayaq.bungkus tokey.Pi jadi jaga tempat Lan dok buat ghumah dlm kem tu.Tgk askar dok curi papan plywood tak jadi berenti,nak tangkap tak berani aku kuruih kering sgt.Jadi tkg cat ghumah kena pakai tangga panjang masa tu tak dak beruih jenis panjang lagi.Pi cat rata tempat . Kena cat bln posa lagi tak larat angkat tangga.Dapat gheja la ni teruih cabut. okey jumpa lagi

Thursday, February 4, 2010

Nostalgia 70an

Anak aku kalau tgk ceghita P.Ramlee madu 3.Sarimah kata "Cik Jamil ini pemalu orangnya" depa mesti beralih tgk aku sambe senyum-senyum. Jamen memang nama aku dikpg.Kalau org tu pangge jamen memang sah org kpg aku. Aku menikah pun org tua yg pilih memang malu sungguh Teringat masa sekolah rendah dulu Cik Gu Raja dia duduk di Utan Kpg la ni, suka masak Mee bubuh Ajinomoto byk-byk dikantin ayah aku.Pjg umuk dia.Cik Gu Sharifah Seha dok di Bukit Pinang.Cik Gu Razali dok di Taman Pasu.Ustaz Khalid,Ustaz Hanafi jumpa dia diH.Jitra lama dah.
Masa aku pi mengaji di SMJ barulah aku tera naik basikal.Umur 11 thn baru belajar naik gerek tua tok wan aku punya.besa belah tiang rumah.jatuh gerek besa sangat dah.Tok Su Baharom (arwah) pak Fazil tu tlg tarik anu aku masuk kedlm sakit tak tau nak ceghita.
Masuk SMJ aku dok pi dgn Lan dan jumpa dgn Cik Azmi,Shukri Ahmad,Mat Radhi,dll lupa dah nama naik gerek sekali.Mat Lazim aku tak pernah jumpa dia pi kot mana tak tau.Jumpa cik Gu Wahab yg cenge tu.Dok jumpa dia di H.Jitra thn 93 dah lumpuh tapi rajin bercakap lgi cik gu la katakan,aku tak tau dia kata apa.Arwah Ustaz Lah abg Jamilah Mat Isa selalu dok jumpa.Cik Gu Fatimah Daud anak aku pun dia ajar,Cik Gu Zainudin dia tak bagi aku pi SMPN,tapi aku pi jugak.Dia mengajar senang faham. Cik Gu Minhad aku jumpa di Langkawi masa Tsunami sambil dok dukong anak kecik.Tanya dia menikah lain ka. Ha la dia kata. Mcm-mcm lagi dok sembang lupa nak ambek no HP dia.Anak GB Chong Eng Kang dia dok ceghita darah dia Gp O aku pun tenganga dengak.La ni baghu tau pasai darah kalau sapa nak tau pasai darah Thalasemia ka atau lain-lain hal darah bolehlah tanya
Balik dari SMJ aku selalu jugak singgah rumah Lan.Ada sekali aku accident motor mai langgar dari belakang.aku tak berani balik,takut tok Bakar balun.Dok ghumah Lan Mek Som tolong boh minyak angin dok sampai mlm baru balik.Ghumah Che Azmi dok buat ulangkaji,adik dia speaking org putih saja.Aku ingat Che Azmi pun tera cakap oghang putih jugak kot.
Masa di SMPN cik gu Jan Kassim rajin dok main Chess,masa aku buat latihan di HAS jumpa dia abang dia jadi bos aku.Aku tanya dia nak jumpa sapa,nak jumpa abg dia,dia kenai aku tapi nama lupa dah.Dia cakap melayu pelat lagi.Cik Gu yang ajar di SMPN aku banyak tak faham,patutlah cik gu Zainuddin tak bagi pi.okey jumpa lagi.

Wednesday, January 6, 2010

Belasungkawa Harun Kasa pelajar plg cemerlang SMPN 74,75

Dilahirkan di Kg Kbg Pasu,Hosba.Bapa Kasa b Long pesawah,pembaca kitab.Mula belajar di S.K. Hosba.Melanjut pelajaran ke SMPN tgktan 1,2,3.dan 4 sns 2 (aku 4 sns 1) Harun 5 sns 1 (aku 5 sns 2.sebenarnya aku malas belajar).Masa dia dok datang ke H.Jitra dia tak kenai aku.aku kenai dia tak berubah langsung cuma dia pakai jubah dan lebai saja.Bukan setakat cemerlang dlm pelajaran jaguh lari 100m lagi.Dia dok rumah pak cik dia sebelah pagar SMPN saja.Bukan mcm aku kayuh gerek bepuluh batu dgn Lan dan Che Azmi kdg lokoih kena ujan.Mem Harun guru di S.Rendah Asun.Anak 4 org kot hat sulung bljar di India.
Lepaih SPM dia masuk ke UPM bersama Munir dan pelajar cemerlang yang lain pakat masuk U belaka.Harun belajar sampai prngkat Master kot had ni Munir tau.Aku pelajar yg lekeh ni SPM pun teruk cuma dpt pi IMR di KL saja.lepaih UPM dia kerja kilang di Kelang.Banyak kali juga pi temuduga tapi x dpt,pasai dia ni suka pakai jubah dan lebai,berjanggut pulak,penemuduga x berani nak ambek dia.Last sekali dia pi interview pakai baju besa saja baru dpt org yang interview dia umur muda dari dia.Dpt masuk UITM,Skudai kmdian jadi cik gu di SM Mtg Bonglai,yang ni Md Rahim tau dia guru kanan disitu.Aku tanya dia duit had sejuta dia boh dimana dia gelak saja,ni rahsia aku dan dia.
Masa jadi accident tu dia pi Siam nak ambek jubah raya.Balik dari Siam tu dia kena.Kereta proton hijau dia rosak teruk,dia pun pendarahan dlman yng teruk.Siam minta 20000 lebih nak hantar ke HAS .Dia meninggal di HAS .Zainab kecik munkin tau dia kerja di HAS.Jenazah dia dibwa balik ke Kg kbg pasu,rumah pak dia.Aku ada disana ,waris tak berani nak bagi tau pak dia pak dia rabun x brpa nampak,anak yng studi di India pun x bagi tau lagi.Lpaih habeh semua baru bagi tau kot.Aku minta maaf kalau ada kesilapan .Semoga Allah mencucuri rahmat dkt dia dan duduk bersama orang yang soleh .Al Fatihah.

Lain-lain= aku baru tau Kak Ani bidan tu kak Mazli, Osma bagitau.Jumpa kak Ani di H.Jitra dia dok ataih kerusi roda dia masih kenai anak Pak Bakaq ni lagi,Walaupun dia uzur dah.

Saturday, January 2, 2010

Kenangan 60an

Aku geram dok tengok member dok tuleh cerita aku pun nak tuleh jugak walaupun karangan aku tak minat langsung.SPM dulu BM dapat 8 terok betui

Aku dilahir di Telok Gelam (20.2.58) yang sambut aku ayah aku sendiri.lepaih tu baru Kak Ani bidan mai.Masa beranak badan aku gemok gedempol,tapi sayang aku ni jenis lembik dari tengkok sampai kaki (takdir Tuhan).Kalau nak kira moyang aku Panglima Nayan gajah dok bawak gajah dari Siam ke Tanah Melayu bersama Tok Mia yang masyur tu dok di Changlun mesti keras orgnya.Semua adik beradik aku keraih-keraih .Aku sorang saja yang lembik (sampai la Chu Sidek (Pak Penakan Osma )pange aku lembik) bila mak mandi aku selalu ayak (air) masuk dalam telinga pasai tengkok lembik. adik beradik aku 10 org semuanya mak aku jenoh nak jaga dia. Kak Zon menikah dgn Mamak Razak posmen. Kak Ma + Ismail jual murtabak,Azizan + halia bukak kantin sekolah Bandar Darulaman ikut jejak ayah.Aku + Jamilah,Izham + Zaiton dok di SIRIM Shah Alam
Zaini + Sabariah SM Kemunting,CT Anita+Abdullah Wisma,CT Rosilawati + Zulkifli sekolah Kpla Batas,Suliman + Kamariah ASK,Aida + Nazri Kolej komuniti.
Bila ayak dok masuk dlm telinga lama-lama ia jadi menanah (telinga bunting).Aku jadi usikan rakan-rakan termasuk Mat Lazim pun dok acan.Pasai ni aku jarang nak berkawan malu sangat. aku besa jalan cari ikan kalui dari Sg Kepala batas sampai ke Pelubang sorang diri saja.cari ikan karin dari Tlk Gelam sampai Tanah Merah dkt rumah Che Azmi ikut belakang mes pegawai .Dah Check telinga dekat adik Munir (Dr Latifah) dia kata dah rosak dah walaupun dah kering.
Aku teringat masuk jawi rumah Cik Gu Sulaiman Daud pak Norlida Guru Besar sahabat baik ayah aku sama abang dia Amir.sure norlida tgk aku masuk jawi.
Aku masih teringat cik gu yang mengajar aku spt Cik Gu Cik Ah,Sharifah Seha,Arshad,Md Noor, Cik gu Raja.Aku masuk darjah 1 dua kali umur 6 thn Cik gu Sulaiman tarik tangan masuk darjah satu.aku dok main kot tepi sekolah masa tu.Semua tinggal kenangan saja

Saturday, December 26, 2009

Kisah hidupku anak Pak Bakar tokey kantin SKAAT

Aku dilahirkan (1958) di Kg Telok Gelam,Kedah dibesarkan dikpg tu juga di mengaji di Sekolah Anak-anak Ang,Tentera.Depan ghumah saja darjah satu dua kali sampai darjah enam
sapa yang ingat dan baca tolong contact aku balik.Lepaih tu pi naik gerek ke SMJselama 3 tahun lepaih tu pi ke Sekolah Pulau Nyiok 2 tahun habeh tahun 1975 Pi pula ke IMR Kuala Lumpur selama 3 tahun keluar pi gheja di Hospital Bukit Ibam 3 tahun.pi ke USM Pulau Pinang dan Kubang Kerian Kelantan selama 5 tahun pi Hospital Kelang,ke Hospital Kulim dan last sekali balik ke Tanah tumpah sendiri Hosp Jitra.Sesiapa yang kenai dan ingat aku tolong contact aku 0195200496. emel aku- jamaludin_abubakaq@yahoo.com