Saturday, February 19, 2011

Besday 53 tahun!!!

Aku dengan member baikku akan menyambut bestday dlm satu dua hari lagi bertambah lah umoq kita Che Azmi .Makin tualah kita nampaknya mi oooi.Dah jauh masa meninggalkan kita.Dlm usia mas ni pahala pun tak banyak lagi. Dugaan masih banyak perlu ditempuhi. Sebulan sekali kena pi ke Kubang Kerian untuk Followup mem utk jumpa Dr pakar disana.Mujuq kawan sekerja memahami .Dlm perjalanan ke Kelantan terjumpa dgn gajah melintas jalan terkejut juga di buatnya.Juga banjir,masa tu aku ingat nak singgah ghumah Ani adik Lan tapi air bah tengah laju di pekan Tanah Merah .Aku pun pederaih tak singgah dimana dah hingga sampai ke HUSM.Mem ajak balik saja.dia fobia dgn bah ni.Mujuq K.Kerian tak banjir.Masa balik pun masih banjir lagi.aku tak balik kot pekan Tanah Merah ambik kot jalan jauh pulak.

Masa Lan dan Mi dah pi kursus aku masih dikampung lagi meniaga kdg2 pi kerja kontrak cat ghumah org,Cuma tak tanam anggur saja.Lama juga baru dapat masuk kursus Juruteknologi Makmal Perubatan selama 3 tahun mula 78-80.Berkursus di IMR KL.Tu lah first time aku pi ke KL.Kob dah pun buka kedai di Komplek pertama kalau tak silap aku la. Aku cuma diberi elaun rm 159 mujuq ada hostel dapat juga hidup di sana Alhamdullilah.

Nak cerita sikit pasai aku dan Osma.Tok nyang (Tok Mae) ada anak dua orang ia itu Tok Wan aku Tok Osma dgn bini lain pun dia ada anak .Tok Osma (kak) org pangge Tok Chah besaq,Tok Wan aku (adik) aku pangge dia Wan Din.Tok Chah besaq menikah dgn Tok Pin (Ariffin).Tok Wan aku (Md Din) menikah dgn Tok Lijah (Kalijah).Tok Pin/Tok Chah ada anak Wa Don(p),Pak Lang Mud,Mah,Pak njang Harun,Md Zain dan Chu Md Sidek.Wa Don ada anak dua orang iaitu Shaari Bakar dan Hanapiah (dia ni yg rajin ambek gambaq Lan masa kecik).Pak Lang Mud anak dia Dollah,Jaafar,Li,Md Aziz yg lain tak ingat dah.Mah anak dia tak ingat dah.Pak Jang Harun = Kak Puan,Zakaria,Md Zahir,Osma,Md Zakir,Din,yg lain tak ingat nama dah.Kena tanya Osma ni. Md Zain tak dak anak .Chu Sidek = sehak,faridah,mi,nan,yg lain tak ingat nama.

3 comments:

  1. Salam Jame,

    Tahun ni geng kita semua yang panjang umoq akan sambut tahun lahir ke 53 , esok (21 Feb) aku sambut hari lahir. Alhamdulillah , syukur kehadrat Allah swt kerana kerana kita masih diberi peluang bernafas dan melihat dunia.

    Ingat lagi la Jame , kita sama-sama pi interview askar tapi, dua2 balik hampa, lepas tu kita pi minta polis kalau tak silap, aku yang terlepas masuk kut....hihihi

    Tq la Jame , saudara2 aku pun banyak jugak kat Kg Teluk Gelam tu...kerana lama tak pi sampai nama pun dah tak ingat dah mcm hang jugak la.

    Tq2..

    ReplyDelete
  2. Aku ari ni birthday 20.2.sebenaqnya aku frust betoi pasai tengok hang dapat polis tu geram pun ada maklumlah betoi punya nak gheja.askar tak boleh polis pun tak boleh.Alhamdullilah juga tuhan masih nak bagi rezeki nooo

    ReplyDelete
  3. Salam geng....dok sibuk dgn Fb lupa nak baca blog...k selamat ulang tahun la geng...Cik Azmi, Jamaludin,Md Saman dan aku pulak bulan 8 ni cukup 53 thn...aku rasa muda la pulak...ari tu pi beli tiket masuk Galeri Azlan Shah ...di kata aku warga emas...discount 50%...aku terkedu jugak...anak n mem aku dok gelak n ejek2...aku perasan muda lagi...tu la dia masa cepat berlalu....selamat menempuh alam 53 thn...

    ReplyDelete