Saturday, January 2, 2010

Kenangan 60an

Aku geram dok tengok member dok tuleh cerita aku pun nak tuleh jugak walaupun karangan aku tak minat langsung.SPM dulu BM dapat 8 terok betui

Aku dilahir di Telok Gelam (20.2.58) yang sambut aku ayah aku sendiri.lepaih tu baru Kak Ani bidan mai.Masa beranak badan aku gemok gedempol,tapi sayang aku ni jenis lembik dari tengkok sampai kaki (takdir Tuhan).Kalau nak kira moyang aku Panglima Nayan gajah dok bawak gajah dari Siam ke Tanah Melayu bersama Tok Mia yang masyur tu dok di Changlun mesti keras orgnya.Semua adik beradik aku keraih-keraih .Aku sorang saja yang lembik (sampai la Chu Sidek (Pak Penakan Osma )pange aku lembik) bila mak mandi aku selalu ayak (air) masuk dalam telinga pasai tengkok lembik. adik beradik aku 10 org semuanya mak aku jenoh nak jaga dia. Kak Zon menikah dgn Mamak Razak posmen. Kak Ma + Ismail jual murtabak,Azizan + halia bukak kantin sekolah Bandar Darulaman ikut jejak ayah.Aku + Jamilah,Izham + Zaiton dok di SIRIM Shah Alam
Zaini + Sabariah SM Kemunting,CT Anita+Abdullah Wisma,CT Rosilawati + Zulkifli sekolah Kpla Batas,Suliman + Kamariah ASK,Aida + Nazri Kolej komuniti.
Bila ayak dok masuk dlm telinga lama-lama ia jadi menanah (telinga bunting).Aku jadi usikan rakan-rakan termasuk Mat Lazim pun dok acan.Pasai ni aku jarang nak berkawan malu sangat. aku besa jalan cari ikan kalui dari Sg Kepala batas sampai ke Pelubang sorang diri saja.cari ikan karin dari Tlk Gelam sampai Tanah Merah dkt rumah Che Azmi ikut belakang mes pegawai .Dah Check telinga dekat adik Munir (Dr Latifah) dia kata dah rosak dah walaupun dah kering.
Aku teringat masuk jawi rumah Cik Gu Sulaiman Daud pak Norlida Guru Besar sahabat baik ayah aku sama abang dia Amir.sure norlida tgk aku masuk jawi.
Aku masih teringat cik gu yang mengajar aku spt Cik Gu Cik Ah,Sharifah Seha,Arshad,Md Noor, Cik gu Raja.Aku masuk darjah 1 dua kali umur 6 thn Cik gu Sulaiman tarik tangan masuk darjah satu.aku dok main kot tepi sekolah masa tu.Semua tinggal kenangan saja

2 comments:

  1. Salam,

    Sekarang ni masuk jawi depa dah tak tau, sekarang depa sebut potong, potong, potong. Kalau belum cepat-cepat potong la... rugi kalau tak potong.

    Betui ka hang dapat Bm 8 masa SPM dulu? Buat penat Cik gu cina kita yang lawa pakai spek tu saja ajaq. Hang ingat dak lagi nama dia ..Ng ..? Lagi sorang Cik gu kita yang lawa jugak pakai kereta Fiat 2 pintu warna kuning tu kalau tak salah dia ajaq sabjek Kimia. Nama dia Faridah kut dah hampir lupa ni tapi wajah depa tu boleh duk bayang2 lagi. Cik gu Jan Kassim ka nama yang ajaq kita Add Math ngan Fizik ?

    Kalau hang masih boleh ingat nama depa hang bagi tau la aku sama..

    Tq.

    ReplyDelete
  2. Norlida (kita pangge dia Chan) la ni ada di Pingiran Putrajaya. Dia dulu duduk di London 20 tahun. Cuba hang kontek, dia ingat dak lagi kat hang.

    ReplyDelete